Sunday, October 5, 2008

Raya Ala Pot Luck!

PENGUMUMAN!

Salam Sahabat-Sahabat & Family Wawasan,

Pada October 12th, 2008 bersamaan hari Ahad, bertempat di Bangunan BM tingkat 3 @ Cafe Uniten akan diadakan Hari Raya ala Pot Luck bagi semua family Wawasan pada jam 8 malam.

Anda semua dijemput bagi memeriahkan majlis. Setiap yang hadir dikehendaki membawa satu atau lebih juadah bagi majlis ini. Diharapkan semua hardcore-hardcore Wawasan yang lama mahupun yang baru dapat hadir ke Majlis ini. Dijemput juga saudara baru Wawasan untuk hadir memeriahkan Hari Raya Ala Pot Luck keluarga Wawasan ini.


Salam
Wawasan's Alumni

Monday, September 29, 2008

Salam Aidil Fitri!


Wawasan's Alumni would like to wish everyone Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir and Batin. May this year celebration would be the best ever celebrated by each of you. It’s time to forgive and closing the relationship especially with the love ones.

Salam Aidil Fitri.


Salam
Wawasan's Alumni

Thursday, September 18, 2008

Break Fast with Sahabat!

Anda Dijemput!!!

Dear all,

Kindly be informed that we'll have break fast session with Sahabat on Monday September, 22 2008 at Nelayan Restaurant.

Attandence are : Along BTN, Angah, Combad, Nasir, Mamat, Az, Docsue, Kicap, Sue Sabah and Me.

Details are as below:

Venue: Nelayan Restaurant
Date: Monday September, 22 2008

Payment can be made on the Monday September, 22 2008. RM40 including Tax - nett RM35 + 5% tax or please contact Kicap for more info.


Salam
Wawasan Alumni

Tuesday, September 9, 2008

Congratulation!

Congratulations All New Wawasan's Candidates at the Annual Grand Meeting last week on Friday!

And congrats to all the brilliant Committee under Abu Sufian Abu Bakar for their great success to remain Wawasan's objective with the new identity and programs.

Also huge congrats and thanks from Wawasan's Alumni to all the Wawasan's Family who helped out with the set up and plan for this year AGM. It went a lot smoother with all your help we guess.

We, Wawasan's Alumni wish to congratulate all of the newly elected. It is a great responsibility that has been given to you, and a great honor. Good Luck everybody!


Salam
Wawasan's Alumni

Monday, September 8, 2008

Happy Ramadhan from Us!

taken from flickr.com

Wawasan's Alumni wish you all a very Happy Ramadhan. Let us consider this holy month as a month of "Spiritual Olympics" and try our best individually and collectively to be the "Gold Medalists" in receiving maximum loving light of Allah Almighty (SWT).

We, Wawasan's Alumni pray to Allah, the most compassionate and merciful, to make this holy month a great source of joy and happiness for all of you.

مبروك عليكم الشهر الكري, Happy Ramadhan!


Salam,
Wawasan's Alumni

Monday, August 18, 2008

Tahniah!

Bismillahirrahmanirrahim..

Tarikh keramat, 16 August 2008, dipilih sebagai tarikh keramat bagi ahli keluarga Wawasan, Saudari Abil untuk mengadakan majlis persandingan beliau bersama suami tercinta di Kota Tinggi, Johor.

Tahniah kepada Saudari Abil! Semoga berbahagia ke anak cucu hendaknya. Moga-moga Wawasan & Wawasan's Alumni akan menerima ahli keluarga baru satu hari nanti. InsyaAllah. Tahniah sekali lagi atas ikatan suci.

Selamat Pengantin Baru!


Wawasan's Alumni

Thursday, August 14, 2008

Pengumpulan Alumni BTN

Pada 13 August 2008, 830 malam bertempat di BTN Jalan Bellamy diadakan pengumpulan semula Alumni BTN yang pernah berkhidmat dan menyertai program anjuran BTN. Didalam masa yang sama pengumpulan ini bertujuan membentuk satu kumpulan baru bersama pejuang-pejuang lama dan baru. (Akan diterangkan masa dan waktu yang sesuai)

Beberapa kata-kata yang terbit didalam acara ini yang boleh dikongsikan bersama.

"Tidak saya namakan saya pejuang kerana saya dibayar untuk ini, mereka yang layak sebenarnya mereka yang berjuang tanpa sebarang imbuhan, ikhlas" - Dato' Shagul, Ketua Pengarah BTN

Terima Kasih kepada sahabat-sahabat yang menghadiri majlis ini atas kesudian meluangkan masa. Diharap kita akan terus memperjuangkan apa yang seharusnya diperjuangkan. InsyaAllah.

Tahniah GGMM!

*Credit pada mereka yang hadir dari Keluarga Wawasan , Saudara Hafiz (Urusetia), Saudara Yusmir, Saudara Zaki, Saudara Topek, Saudara Bob Jr, Saudari Oleen, Saudara Scooby, Saudara Ayit & Saudara Azaniman

Memperkasa Alif Ba Ta!

Wawasan's Alumni

Sunday, August 10, 2008

PERHATIAN - Penerangan Blog

Assalamualaikum.

Beberapa perbincangan dijalankan bagi memastikan halatuju blog Wawasan's Alumni ini tidak sedikit pun lari dari tujuan utamanya.

Bagi yang masih belum memahami tujuan blog ini dibuka, sedikit penerangan disini diharap dapat memberi serba sedikit penjelasan agar tiada sebarang pertelingkahan atau sangkaan blog ini dibuka semata-mata untuk menentang kepimpinan Wawasan yang baru dan memberi impak dan kesan buruk bagi beberapa blog Wawasan yang sedia ada.

1. Blog Wawasan's Alumni ini diadakan atau diwujudkan bagi memudahkan pergerakan Alumni bagi mempromosi sebarang program atau acara yang dijalankan atau diberi kepada Alumni untuk Kelab Wawasan itu sendiri. Blog diharap serba sedikit dapat membantu memberi inspirasi kepada kepimpinan yang baru bahawa Alumni sentiasa berdiri teguh untuk membantu menjayakan program-program Wawasan itu sendiri.

2. Selain itu blog ini bertujuan membentuk sebuah group ex-Wawasan Uniten dalam memberi sumbangan tenaga,dana dan sebagainya bagi membantu Wawasan Uniten terus mengadakan program dengan bantuan yang ada selain dari bantuan yang disediakan HEP.

3. Blog ini juga akan memberi update baru pergerakan Alumni sepanjang tahun. Ini bagi memudahkan perjumpaan, aktiviti dan muzakarah sesama ahli keluarga Wawasan dapat diadakan dengan lebih terurus dan terancang.

Diharap blog ini dapat menjadi platform bagi kita, Ahli Keluarga Besar WAWASAN sentiasa berhubung dan mengeratkan lagi silaturahim sesama kita. InsyaAllah.


Wawasan's Alumni

Arkib Kelab Wawasan

Kelab WAWASAN adalah perintis daripada gabungan mahasiswa yang mendokong perjuangan aktiviti pelajar ke arah kesukarelawan pembanggunan agama, bangsa dan negara.

Ianya dibentuk dengan berlatar-belakangkan kepada teknik perlaksanaan fasilitator dan modul daripada Biro Tatanegara, (BTN) Jabatan Perdana Menteri.

Objektif penubuhannya adalah untuk menyediakan ruang bagi mahasiswa untuk berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat. Kelab WAWASAN di Universiti Tenaga Nasional dibuka ekoran daripada keberkesanan Program Kem Bina Negara Asas (KBNA) 22 Oktober 2000.

Kelab WAWASAN Universiti Tenaga Nasional adalah medium gerakan pelajar yang diusahakan oleh Zul Izwan B. Mohd Taher dan Mohd Nuwairi B. Hj. Karim dengan membentuk organisasi asas penubuhan pada 1 Jun 2001.

Kelab WAWASAN Uniten secara rasmi ditubuhkan di Universiti Tenaga Nasional pada tanggal 2 Julai 2002. Pada tahun kedua , Kelab WAWASAN telah melebarkan sayap untuk membuat perkongsian bistari dengan Sahabat Mahasiswa Biro Tatanegara di bawah kelolaan En. Haslizar B. Rozally sebagai satu lagi platform bagi mempelajari pelbagai perlaksanaan modul.

Selain daripda itu, Kelab WAWASAN telah diberi kepercayaan daripada pihak Hal Ehwal Pelajar Uniten (HEP) untuk mengendalikan Biro Program Minggu Orientasi iaitu sebagai modurator kepada semua modul dan perlaksanaan Minggu Orientasi Pelajar bagi setiap pengambilan di universiti.

Sehingga hari ini, Kelab WAWASAN telah mengumpulkan keahlian keseluruhan yang mencecah lebih daripada 1000 orang. Ini membuktikan bahawa, ideologi ‘Sahabat’ , ‘Organisasi’ dan ‘Masyarakat’ telah mengangkat kekuatannya untuk ia menjadi antara kelab yang disegani dan dihormati.


Wawasan's Alumni

Friday, August 8, 2008

Bermulanya

Langkah dan program yang pertama di Tasik Banding ini, membawa kepada perkenalan sahabat-sahabat Uniten yang ketika ini sudah menyuarakan pendapat bagi menubuhkan sebuah persatuan atau kelab yang kini sudah menjangkaui beberapa musim dibawah 4 orang Presiden yang berbeza. Bermulanya langkah penubuhan WAWASAN Uniten.

Program di Tasik Banding ini merupakan sebuah program Rekreasi Kenegaraan yang anjurkan oleh Biro Tatanegara dibawah pimpinan Cik Li (Penolong Pengarah Bahagian Mahasiswa & Remaja BTN) ketika ini.

Setelah beberapa proposal diluluskan bagi menubuhkan Kelab WAWASAN Uniten, akhirnya Kelab WAWASAN Uniten telah berjaya ditubuhkan (akan diterangkan secara terperinci pada post yang seterusnya) dan Saudara Zulizwan Mohd Taher (Gambar - Kanan Duduk) telah diwatikahkan menjadi Presiden Kelab WAWASAN Uniten yang pertama. Berbagai kenangan, saat manis, suka dan duka ditempuhi dalam mengharungi tahun pertama perkhidmatannya didalam kelab ini. Kelab yang masih muda dan mentah ketika ini berjaya dibawah kepimpinan beliau. Saat manis dalam kelab WAWASAN Uniten ini juga membawa beliau kejinjang pelamin bersama isteri tercinta yang merupakan juga salah seorang ahli yang memegang beberapa jawatan dlm kelab ini sepanjang perkhidmatan Saudara Zulizwan.

Setelah beberapa penggal dibawah kepimpinan Saudara Zulizwan, Kelab WAWASAN Uniten sekali lagi telah melantik Saudara Mohd Hafiz Hassan (Gambar - Duduk Tengah) sebagai Presiden Kelab WAWASAN Uniten yang ke-2 bagi penggal yang berikutnya. Dibawah kepimpinan saudara Mohd Hafiz, beberapa pembaharuan telah dilakukan bagi memantapkan lagi nama kelab WAWASAN ketika dibawah pimpinan beliau.

Tahun bersilih tahun, Saudara Yusmiry Yusop diwatikahkan sebagai Presiden Kelab WAWASAN Uniten yang ke-3 selepas saudara Mohd Hafiz melepaskan jawatan itu bagi memberi peluang kepada muka-muka baru bagi menerajui Kelab WAWASAN Uniten pada tahun-tahun yang berikutnya. Beberapa program baru diperkenalkan dibawah kepimpinan Saudara Yusmiry.

Bertukar lagi selepas beberapa tahun dibawah kepimpinan Saudara Yusmiry, giliran Saudara Abu Sufian Abu Bakar menerajui Kelab WAWASAN Uniten sebagai Presiden Kelab WAWASAN yang ke-4.

Diharap Kelab WAWASAN terus mekar gah sebagai sebuah Keluarga Besar didalam UNITEN.



Wawasan's Alumni

Thursday, August 7, 2008

Selamat Datang!

Alhamdulillah.. Setelah beberapa hari niat ini diganggu, dibolak balikkan hati untuk tidak meneruskan usaha ini, akhirnya berjaya juga aku menyiapkan ruangan baru untuk Alumni Wawasan meluahkan atau melontar pendapat dalam memartabatkan Wawasan Uniten agar terus gah sebagai persatuan yang memberi didikan, semangat dan suntikan baru kepada pelajar yang menyertai program yang dianjurkan. InsyaAllah.


Wawasan's Alumni