Sunday, August 10, 2008

Arkib Kelab Wawasan

Kelab WAWASAN adalah perintis daripada gabungan mahasiswa yang mendokong perjuangan aktiviti pelajar ke arah kesukarelawan pembanggunan agama, bangsa dan negara.

Ianya dibentuk dengan berlatar-belakangkan kepada teknik perlaksanaan fasilitator dan modul daripada Biro Tatanegara, (BTN) Jabatan Perdana Menteri.

Objektif penubuhannya adalah untuk menyediakan ruang bagi mahasiswa untuk berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat. Kelab WAWASAN di Universiti Tenaga Nasional dibuka ekoran daripada keberkesanan Program Kem Bina Negara Asas (KBNA) 22 Oktober 2000.

Kelab WAWASAN Universiti Tenaga Nasional adalah medium gerakan pelajar yang diusahakan oleh Zul Izwan B. Mohd Taher dan Mohd Nuwairi B. Hj. Karim dengan membentuk organisasi asas penubuhan pada 1 Jun 2001.

Kelab WAWASAN Uniten secara rasmi ditubuhkan di Universiti Tenaga Nasional pada tanggal 2 Julai 2002. Pada tahun kedua , Kelab WAWASAN telah melebarkan sayap untuk membuat perkongsian bistari dengan Sahabat Mahasiswa Biro Tatanegara di bawah kelolaan En. Haslizar B. Rozally sebagai satu lagi platform bagi mempelajari pelbagai perlaksanaan modul.

Selain daripda itu, Kelab WAWASAN telah diberi kepercayaan daripada pihak Hal Ehwal Pelajar Uniten (HEP) untuk mengendalikan Biro Program Minggu Orientasi iaitu sebagai modurator kepada semua modul dan perlaksanaan Minggu Orientasi Pelajar bagi setiap pengambilan di universiti.

Sehingga hari ini, Kelab WAWASAN telah mengumpulkan keahlian keseluruhan yang mencecah lebih daripada 1000 orang. Ini membuktikan bahawa, ideologi ‘Sahabat’ , ‘Organisasi’ dan ‘Masyarakat’ telah mengangkat kekuatannya untuk ia menjadi antara kelab yang disegani dan dihormati.


Wawasan's Alumni

No comments: