Sunday, August 10, 2008

PERHATIAN - Penerangan Blog

Assalamualaikum.

Beberapa perbincangan dijalankan bagi memastikan halatuju blog Wawasan's Alumni ini tidak sedikit pun lari dari tujuan utamanya.

Bagi yang masih belum memahami tujuan blog ini dibuka, sedikit penerangan disini diharap dapat memberi serba sedikit penjelasan agar tiada sebarang pertelingkahan atau sangkaan blog ini dibuka semata-mata untuk menentang kepimpinan Wawasan yang baru dan memberi impak dan kesan buruk bagi beberapa blog Wawasan yang sedia ada.

1. Blog Wawasan's Alumni ini diadakan atau diwujudkan bagi memudahkan pergerakan Alumni bagi mempromosi sebarang program atau acara yang dijalankan atau diberi kepada Alumni untuk Kelab Wawasan itu sendiri. Blog diharap serba sedikit dapat membantu memberi inspirasi kepada kepimpinan yang baru bahawa Alumni sentiasa berdiri teguh untuk membantu menjayakan program-program Wawasan itu sendiri.

2. Selain itu blog ini bertujuan membentuk sebuah group ex-Wawasan Uniten dalam memberi sumbangan tenaga,dana dan sebagainya bagi membantu Wawasan Uniten terus mengadakan program dengan bantuan yang ada selain dari bantuan yang disediakan HEP.

3. Blog ini juga akan memberi update baru pergerakan Alumni sepanjang tahun. Ini bagi memudahkan perjumpaan, aktiviti dan muzakarah sesama ahli keluarga Wawasan dapat diadakan dengan lebih terurus dan terancang.

Diharap blog ini dapat menjadi platform bagi kita, Ahli Keluarga Besar WAWASAN sentiasa berhubung dan mengeratkan lagi silaturahim sesama kita. InsyaAllah.


Wawasan's Alumni

No comments: