Friday, August 8, 2008

Bermulanya

Langkah dan program yang pertama di Tasik Banding ini, membawa kepada perkenalan sahabat-sahabat Uniten yang ketika ini sudah menyuarakan pendapat bagi menubuhkan sebuah persatuan atau kelab yang kini sudah menjangkaui beberapa musim dibawah 4 orang Presiden yang berbeza. Bermulanya langkah penubuhan WAWASAN Uniten.

Program di Tasik Banding ini merupakan sebuah program Rekreasi Kenegaraan yang anjurkan oleh Biro Tatanegara dibawah pimpinan Cik Li (Penolong Pengarah Bahagian Mahasiswa & Remaja BTN) ketika ini.

Setelah beberapa proposal diluluskan bagi menubuhkan Kelab WAWASAN Uniten, akhirnya Kelab WAWASAN Uniten telah berjaya ditubuhkan (akan diterangkan secara terperinci pada post yang seterusnya) dan Saudara Zulizwan Mohd Taher (Gambar - Kanan Duduk) telah diwatikahkan menjadi Presiden Kelab WAWASAN Uniten yang pertama. Berbagai kenangan, saat manis, suka dan duka ditempuhi dalam mengharungi tahun pertama perkhidmatannya didalam kelab ini. Kelab yang masih muda dan mentah ketika ini berjaya dibawah kepimpinan beliau. Saat manis dalam kelab WAWASAN Uniten ini juga membawa beliau kejinjang pelamin bersama isteri tercinta yang merupakan juga salah seorang ahli yang memegang beberapa jawatan dlm kelab ini sepanjang perkhidmatan Saudara Zulizwan.

Setelah beberapa penggal dibawah kepimpinan Saudara Zulizwan, Kelab WAWASAN Uniten sekali lagi telah melantik Saudara Mohd Hafiz Hassan (Gambar - Duduk Tengah) sebagai Presiden Kelab WAWASAN Uniten yang ke-2 bagi penggal yang berikutnya. Dibawah kepimpinan saudara Mohd Hafiz, beberapa pembaharuan telah dilakukan bagi memantapkan lagi nama kelab WAWASAN ketika dibawah pimpinan beliau.

Tahun bersilih tahun, Saudara Yusmiry Yusop diwatikahkan sebagai Presiden Kelab WAWASAN Uniten yang ke-3 selepas saudara Mohd Hafiz melepaskan jawatan itu bagi memberi peluang kepada muka-muka baru bagi menerajui Kelab WAWASAN Uniten pada tahun-tahun yang berikutnya. Beberapa program baru diperkenalkan dibawah kepimpinan Saudara Yusmiry.

Bertukar lagi selepas beberapa tahun dibawah kepimpinan Saudara Yusmiry, giliran Saudara Abu Sufian Abu Bakar menerajui Kelab WAWASAN Uniten sebagai Presiden Kelab WAWASAN yang ke-4.

Diharap Kelab WAWASAN terus mekar gah sebagai sebuah Keluarga Besar didalam UNITEN.



Wawasan's Alumni

No comments: